Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Gumbur-gumbur dalam puan;
Baik balas baik tidak,
     Kita berhamba dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Bermaksud :

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah.
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaHilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.
Kurik Kundi Merah SagaKayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaInang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.
Kurik Kundi Merah SagaTanam sirih dalam telaga, Pisang rastali atas raga; Sekalian waris tidak suka, Baik kita berwalikan raja.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.
Kurik Kundi Merah SagaGendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan.
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.
123

Kembali ke atas