Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti,senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga? |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar puyuh dari pipit, Cari makan tepi kolam; Begitu banyak pulau dan bukit, Guna apa di dalam alam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Mengkabau, Cari makan di kebun Cina; Sudah runtuh gunung Rembau, Gunung Ledang ada gantinya. |