Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : BATU PAHAT

Tesaurus
 
pahat (kata nama)
Bersinonim dengan gang, gogol, tatah;,
Kata Terbitan : berpahat, memahat, pahatan, pemahat,

Puisi
 

Batu Pahat Simpang Empat,
     Satu simpang ke Tanjung Melaka;
Sudah kutilik dalam makrifat,
     Tuan seorang menjadi puja.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat Sungai Kundur, Tempat tumbuh paku dulang; Kalau jahat baiklah undur, Jangan menyakit hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja.
Kurik Kundi Merah SagaSenggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaTelaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat.
Kurik Kundi Merah SagaKereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat.
Kurik Kundi Merah SagaTuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata.
Kurik Kundi Merah SagaMenjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat; Kerana dengki punya angkara, Orang baik disangka jahat.

Kembali ke atas