Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan menderu di tengah hari, Orang Cina berpayung kain; Adik rindu setiap hari, Rupanya abang mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan mari pebadik tumbuh, Tidak mencabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan merebut kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. |