Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSalam-salam wa alaikum salam, Sirih dilipat dengan di dalam; Apa jua khabar bunga di kolam, Pucuk menelek akar di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaAssalamualaikum salam, Kayu birah dimakan api; Siapa lalu semalam, Baju merah gelang di kaki.
Kurik Kundi Merah SagaAssalamualaikumlah salam, Sirih lipat pinang di dalam; Apa khabar bunga di kolam, Ada sekuntum kembang malam.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai.
Kurik Kundi Merah SagaBakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.
Kurik Kundi Merah SagaKail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Rupat tempat bermalam, Sampan kolek muatan sarat; Kalau dekat kukirim salam, Kalau jauh kirim surat.
Kurik Kundi Merah SagaBelah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata.
12

Kembali ke atas