Kurik Kundi Merah Saga | Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bandar baru, Kapten Light jadi raja; Bunga melur cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bandar baru, Kapten Light jadi raja; Bunga melur cempaka biru, Kembang sekuntum di mulut naga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Darilah pauh bandar mendatang, Tetaklah sampan pancung kemudi; Darilah jauh tuan datang, Kerana tuan hadir di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. |