Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Bugis sudah datang, Sembah barang kepada raja; Sudah lama abang berdagang, Sampai masa nak balik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Bugis punca di tengah, Dibawa orang jual ke hulu; Sedang berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal dagang kapal Bugis, Kapal hendak ke negeri China; Dulu tak cukup sekarang tak habis, Adik ini nak buang ke mana? |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang. |