Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri terbang di awan, Hinggap mari di kayu jati; Hatinya rindu kepada kawan, Rinduku jua separuh mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pecah takar berganti takar, Tempat minum si burung nuri; Bisa ular tidakkan tawar, Walau menyorok di akar berduri. |