Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Burung pipit

Puisi
 

Burung pipit burung serindit,
     Terbang ke awan berderai-derai;
Apa nak sesal padanya nasib,
     Nyawa di badan lagikan bercerai.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Burung pipit sama enggang,
     mana boleh sama terbang.

Bermaksud :

Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit terbang ke sarang, Endut berseru puyuh menyahut; Bukit ditentang pun hilang, Baik diturut pulau di laut.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit di dalam bakul, Ambil seekor berikan saya; Alang bukit lagi kucangkul, Ini pula tanah paya.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaSi kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menangguk anak udang, Burung pipit kembang ekor; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih tidur.
Kurik Kundi Merah SagaCak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk di tepi pekan, Pipit tuli mati terjerat; Buah mabuk jangan dimakan, Pokok berduri jangan dipanjat.
Kurik Kundi Merah SagaBurung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.

Kembali ke atas