Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Inggeris kapten Jerman, Teluk meneluk di Negeri Jawa; Putih kuning merubah iman, Hitam manis merubah nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laju ajong terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu. |