Kurik Kundi Merah Saga | Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. |