Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14 893 km2, Kota Bharu sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kelantan

Puisi
 

Dari Daik pergi Kelantan,
     Kencang angin barat selatan;
Sungguh baik teras di hutan,
     Lama disimpan tumbuh cendawan.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan.
Kurik Kundi Merah SagaJauh sungguh Sungai Kelantan, Biji selasih disiram minyak; Jauh sungguh abang datang, Terima kasihlah banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi Kelantan, Kirim saya setangkai bunga; Kalau abang rindu tak makan, Saya di sini tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi Kelantan, Kirim saya setangkai bunga; Kalau abang rindu tak makan, Saya di sini tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaSiti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan.
Kurik Kundi Merah SagaKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.
12

Kembali ke atas