Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kencang-kencang

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin ke Timur, Hendak belayar ke Benua Jawa; Dipanjangkan Allah apa ke umur, Hendak membeli gambar bernyawa.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin di atas, Hendak putus tali kecapi; Jongnya perak layarnya kertas, Hendak melanggar lautan api.
Kurik Kundi Merah SagaKencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.
Kurik Kundi Merah SagaKencang ribut malam tadi, Bintang hanyut dari kuala; Kencang mimpi malam tadi, Bantal hanyut dari kepala.
Kurik Kundi Merah SagaWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.
Kurik Kundi Merah SagaBarat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan.
Kurik Kundi Merah SagaPetik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri.
12

Kembali ke atas