Kurik Kundi Merah Saga | Pergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tahu lemaknya lada, Serak bersirai pengebat benih; Kalau diundang mandikan jua; Bertuah orang pergi Makkah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah. |