Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Merentang

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu merentang jalan, Ular lidi merentang tasik; Ribu-ribu orang di jalan, Adik seorang terpandang cantik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak enggang di kayu tinggi, Banyak daun merentang-rentang; Anak dagang tak lama di sini, Sampai musim dia pulang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon merbau pohon di hutan, Anak buaya merentang tasik; Jika seribu orang di jalan, Ada seorang kupandang cantik.

Kembali ke atas