Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bunyi guruh yg kuat (biasanya disertai kilat), geledek; ~ tunggal petir yg amat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba; disambar (ditembak) ~ terkena panahan api (elektrik) petir; mata (panah) ~ halilintar, kilat; bagai kilat senja, bagai ~ tunggal prb tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll); memetir, memetir-metir mendegam-degam, menggeledek (suara dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi guruh yg kuat, biasanya disertai kilat: ~ tunggal petir yg sangat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petir (kata nama)
Bersinonim dengan halilintar, guruh, guntur, geledek, geluduk, petus, pelakar;,
Kata Terbitan : memetir, memetir-metir,

Puisi
 

Guruh petir penuba limbat,
     Pandan berjemur di seberang;
Dua tiga mencari ubat,
     Ubat dapat badanlah hilang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.
Kurik Kundi Merah SagaGuruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang.
Kurik Kundi Merah SagaGuruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDari satu sampai seribu, Budak-budak belajar membilang; Turun ribut petir pun tumpu, Tentu jua nyawa kau hilang.

Kembali ke atas