Kurik Kundi Merah Saga | Dari Perlis pergi ke Sabah, Datang ke Sabah berjalan kaki; Biar mati bertumpah darah, Namun kuundur tidak sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal terbang masuk Perlis, Kalah berperang negeri Jerman; Bunga kembang ambil tak boleh, Ada kumbang di dalam taman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. |