Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam. |