Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada apa di Tanjung Batu? Encik Ali tukang perahu; Anak siapa gerangannya itu? Hanyalah rupa nama tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api apa di Tanjung Jambu? Api Pak Jenal di hujung perahu; Anak siapa berdua itu? Sahaja kenal nama tak tahu. |