Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singa

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCukup berani anak singa, Cari makan di tengah laman; Niat hati mahu pakai bunga, Cuba-cuba masuk di taman.
Kurik Kundi Merah SagaKeris kecil menikam ular, Keris besar menikam singa; Dari kecil tak hendak belajar, Sudah besar tertanya-tanya.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan.
Kurik Kundi Merah SagaDari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak siapa duduk di bangku, Beli limau taruh di saku; Singa mengaum di celah batu, Takut rimau sorokkan kuku.

Kembali ke atas