Kurik Kundi Merah Saga | Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pandai merebat, Tolong rebat pokok keranji; Kalaulah abang pandai mengubat, Tolonglah cari ubat tak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke kolam, Tolong ambil buah pedada; Sedaplah sungguh tidur bertilam, Rambut seurat menggalang dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat. |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu; Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu. |