Kurik Kundi Merah Saga | Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Yam Tuan Raja Maktabar, Sheikh Idrus datuk pendeta; Adakah tuan mendengar khabar? Saya yang kurus menanggung cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam borek kelabu kentang, Mari ditambat limau manis; Sudah hari waktu petang, Bentang tikar tunduk menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri. |