[a.ba.di] | ابادي
Definisi : Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.ba.di] | ابادي
Definisi : tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)