Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertim­bang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : Jw merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bang] | ابڠ

Definisi : 1 saudara lelaki yg lebih tua: ~ Long selalu membelikan saya buku. 2 panggilan kpd suami dan juga kpd saudara pupu lelaki yg lebih tua khasnya, kpd lelaki yg lebih tua sedikit amnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abang

Puisi
 

9Gunung dari Kelebang,
     Sampai ke Jeddah membawa guni;
Jangan sebarang ikut abang,
     Abang sudah ada bini.


Lihat selanjutnya...(417)
Peribahasa

Ada wang abang saya,
     tak ada wang abang payah.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDentam-dentum atas permatang, Orang mengemping padi muda; Abang! Abang! Tunangku datang, Payungnya kuning tekat pelada.
Kurik Kundi Merah Saga9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini.
Kurik Kundi Merah SagaTanam keledek dari Klebang, Bawa sebiji buah kelapa; Memang adik sayangkan abang, Abang pula nak kasi apa?
Kurik Kundi Merah SagaKalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal; Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal.
Kurik Kundi Merah SagaKalau keledek dari kelebang, Rumah mau tertakal-takal; Kalau adik sayang abang, Abang belikan emas sejengkal.
Kurik Kundi Merah SagaLembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji.
Kurik Kundi Merah SagaBunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira.
Kurik Kundi Merah SagaIkan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal.
12345678910...

Kembali ke atas