Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Tetak tebu tempatku mandi,
     Layang-layang di Padang Semu;
Jangan sedih dalam hati,
     Ada hayat boleh bertemu.


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Jika ada padi berhampalah;
     jika ada hati berasalah.

Bermaksud :

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAda kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati.
Kurik Kundi Merah SagaDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.
Kurik Kundi Merah SagaBeras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang.
Kurik Kundi Merah SagaApa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
12345

Kembali ke atas