Kurik Kundi Merah Saga | Raja Adil dari seberang, Pecah perahu lalu berenang; Kalau dapat jarum berlubang, Baru senang lulusnya benang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang kandil dalam ribut, Budak-budak mencari lokan; Kalimah adil mudah disebut, Tapi susah hendak dilaksanakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri. |