Kurik Kundi Merah Saga | Jika adinda makan gelagah, Beri kami buku-bukunya; Jika adinda beranak tengah, Bagi kami buku bongsunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang membakut padi-padian, Kacangku karam di tengah jalan; Kalau adinda takut-takutan, Baik sekarang adinda berjalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mandi bawa kumandi, Mandi adinda dalam telaga; Jika mati bawa kumati, Mati saya dalam syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mandi bawa kumandi, Mandi adinda dalam telaga; Jika mati bawa kumati, Mati saya dalam syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang maritam sipagahanan, Akan kunaik belum berbiji; Adinda hitam sipenahanan, Penahanan anak mengunjar bini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain. |