Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Dayang Juita menanam padi,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Air mata jatuh ke pipi,
     Macam pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Air mata jatuh ke dalam.

Bermaksud :

Berdukacita dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(4)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru kusedar hatiku cinta.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi gunung si Karamayan, Kulihat kapal jauh berlabuh; Menangis badan kesunyian, Air mata tiada teduh.
12345678

Kembali ke atas