Kurik Kundi Merah Saga | Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit terluncang-luncang, Nak ambil keropok air; Apa sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. |