Kurik Kundi Merah Saga | Gertak sirih muda di ladang, Daun cengal dilirik-lirik; Kalau tak boleh adinda kucadang, Air sungai berbalik mudik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Apu air mengalir, Tempat orang menuba ikan; Adik ke hulu abang ke hilir, Sama-sama tolak belakang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Apu air mengalir, Tempat orang menuba ikan; Adik ke hulu abang ke hilir, Sama-sama tolak belakang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu tiga batang, Patah sebatang digerit anai-anai; Abang tipu kata nak datang, Air mata menjadi sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu tiga batang, Satu batang melintang sungai; Tiga hari tuan tak datang, Air mata jatuh berderai. |