Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : fikiran yg sihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : fikiran yg sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal budi

Puisi
 

Bukan gambus gila di pekan,
     Melagui hendak berpantun;
Bukan bagus kami gilakan,
     Akal dan budi dialu-alukan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut budi tepian akal (= ilmu).

Bermaksud :

Orang cerdik pandai atau cendekiawan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa akal kita ke Bangkalih, Buah kundur belah dua; Apa akal nak bagi boleh, Satu sangkar burungnya dua.
Kurik Kundi Merah SagaBukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan.
Kurik Kundi Merah SagaTarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaAda kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.
Kurik Kundi Merah SagaPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu.
Kurik Kundi Merah SagaDaripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal.

Kembali ke atas