Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang.
Kurik Kundi Merah SagaJeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.
Kurik Kundi Merah SagaPaku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi.
Kurik Kundi Merah SagaAda kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Ada lain buangkan aku, Kerana aku dagang hina.
Kurik Kundi Merah SagaSayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama.
Kurik Kundi Merah SagaSayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama.
Kurik Kundi Merah SagaAda kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina.
1234567

Kembali ke atas