Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang alah peraga, Masak susu linggang-linggang; Petang-petang abang ada, Katup pintu renggang-renggang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak undan mandi di sumur, Tertempuh minyak si anjalai; Alah nampak pandan terjemur, Adik terkenang dibangkalai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. |