Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lang.kah] | الڠکه

Definisi : 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik, buruk, besar, kecil, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alangkah

Puisi
 

Orang bandar bersanggul dua,
     Orang barat bersanggul lintang;
Alangkah baik berbini tua,
     Perut kenyang pengajaran datang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Apakah gunanya memasang dian di tengah hari,
     jika malam alangkah baiknya.

Bermaksud :

Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukit gunung Juasih, Tempat berakub berulang petang; Alangkah sakit bercerai kasih, Lebih baik pula celaka badan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula.
Kurik Kundi Merah SagaSayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.
123

Kembali ke atas