Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah. |