Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambo

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mata merah, Ambil lepas dalam cerana; Kalau tersepak jangan marah, Ambo nak pelepas anak teruna.
Kurik Kundi Merah SagaJebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah.
12

Kembali ke atas