Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak buah

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Jeddah,
     Pergi dengan anak permaisuri;
Kalau teringin hendak makan buah,
     Buah masak di ranting tinggi.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Gajah harimau di hutan hendak diburu,
     pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.

Bermaksud :

Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah kentung buah kekati, Buah salak di dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Hantar talak anak orang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak teruna menanam betik, Buah cempedak dalam raga; Apalah guna berwajah cantik, Kalau kurang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kodok tepi perigi, Buah rambai dalam baldi; Biar buruk rupa diri, Asalkan pandai mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.
123

Kembali ke atas