Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bukit kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak bukit

Puisi
 

Dari Gunung ke Anak Bukit,
     Singgah bermalam di Bukit Pinang;
Duduk melenggung hati sakit,
     Bila tahun hati nak tenang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai pancang digoncang arus.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gunung ke Anak Bukit, Singgah bermalam di Bukit Pinang; Duduk melenggung hati sakit, Bila tahun hati nak tenang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak.
Kurik Kundi Merah SagaDaun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit di balik bukit, Tetak kayu di Padang Anak; Dekat setindik sekanannya batik, Cari janda belum beranak.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati di Bukit Ngulang, Anak merbuk sarang di luar; Kuulang pagi kuulang petang, Hingga buruk kaki seluar.
Kurik Kundi Merah SagaBukit lagi bintang berkarang, Anak yu dua serupa; Adik pergi abang tak larang, Janji dahulu janganlah lupa.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bertangga batu, Itu bernama anak Si Abu; Lama ditunggu dapat satu, Lebih baik pasang bubu.
12

Kembali ke atas