Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang. |