Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : alat utk membuka kunci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Puisi
 

Anak itik terenang-renang,
     Anak kunci dalam perahu;
Saya sahaja terkenang-kenang,
     Orang benci saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya saja terkenang-kenang, Abang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Saya sahaja terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci dalam perahu; Sahaja saya terkenang-kenang, Orang benci saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kunci dikait anak, Di bawah pokok pohon kelapa; Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapa.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.

Kembali ke atas