Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerong­kongan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(626)
Peribahasa

Tatang di anak lidah.

Bermaksud :

Terlalu kasih akan anak isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.
Kurik Kundi Merah SagaAnak-anak di kayu tinggi, Tempat galah si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang, udang juga, Tidak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Tidak sama anak sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas