Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis atau teruna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di mana bunga kembang,
     di situ kumbang banyak.

Bermaksud :

Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak muda Raja Sulaiman, Duduk di tingkap bermain angin; Tuan rindu pandang laman, Itu tempat kita bermain.
Kurik Kundi Merah SagaAur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina memasang colok, Pergi ke pasar membeli pari; Jangan gegar jangan dijolok, Kerana buah muda lagi.
Kurik Kundi Merah SagaLadang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaHilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba.

Kembali ke atas