Kurik Kundi Merah Saga | Anak negeri anak pangeran, Hendak bermain di bawah rumah; Hati rindu apa dihairan, Makan di tangan kerana disuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti. |
Sekalung Budi Seuntai Bahasa | Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kepiting di negeri Jawa, Buluh bersegi di atas atap; Ikan kering habis tertawa, Anak tupai baca kitab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. |