Kurik Kundi Merah Saga | Ke Muar sudah ke ladang belum, Anak-beranak mengambil angin; Pandang sudah temu belum, Ibarat gambar dalam cermin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke Badam sudah ke Muar belum, Anak beranak mengambil angin; Temu sudah kupandang belum, Ibarat gambar dalam cermin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit sebalik bukit, Buat tetap pagar anak; Cari tenggek sapu tangan batik, Cari janda belum beranak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit di balik bukit, Tetak kayu di Padang Anak; Dekat setindik sekanannya batik, Cari janda belum beranak. |