Kurik Kundi Merah Saga | Angin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petik kelapa kebun Cik Daud, Petik mari pagi hari; Berapa kencang angin di laut, Ditiup angin karam sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin bertiup lautan bergelombang, Di tengah lautan kapal berlabuh; Diharap keluarga tak usahlah bimbang, Doakan sakit segera sembuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin berdengung Laut Belanda, Singgah berlabuh hujung Tanjung; Antara belum porak peranda, Turun layar baik berlindung. |