Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angin kencang, badai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ribut
Rujuk :taufan

Puisi
 

Kelam-kabut Kuala Usai,
     Hujan tidak berhenti lagi;
Angin ribut gelombang usai,
     Baik belayar lawan tepi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan
Kurik Kundi Merah SagaKelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya?
Kurik Kundi Merah SagaDi mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak.
Kurik Kundi Merah SagaSuluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.
Kurik Kundi Merah SagaOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata.

Kembali ke atas