Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buah betis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing-anjing I

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anjing menyalak bukit,
     takkan runtuh.

Bermaksud :

Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(71)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnjing angkat anjing berburu, Anjing berburu di luar kota; Lagi tak dapat lagi dituju, Hendak menyapu arang di muka.
Kurik Kundi Merah SagaAnak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.
Kurik Kundi Merah SagaBawa anjing pergi berburu, Berburu sampai ke Tanjung Pinang; Sudah bersetuju ayah dan ibu, Bolehlah abang masuk meminang.
Kurik Kundi Merah SagaAnjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.
Kurik Kundi Merah SagaBaik dikepung jangan dipalu, Anjing hitam datang meluru; Betullah pesan nenekku dulu, Harimau menderam makan tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Beguk barat Melaka, Anjing menyalak ayam hutan; Buah jarak tidak kusangka, Jarak menjadi buah rambutan.
Kurik Kundi Merah SagaKijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara mengandam dahi, Rambut ditanam di tepi telaga; Anjing biasa makan tahi, Kalau tak makan cium juga.
Kurik Kundi Merah SagaPecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah.
12

Kembali ke atas