Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nyam] | اڽم

Definisi : corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar; menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; anyam-menganyam pekerjaan meng­a­nyam; anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam; penganyam orang yg kerjanya menganyam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nyam] | اڽم

Definisi : ; beranyam 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dijalin dsb); berjalin. 2 sudah disusun bersilang-silang; berjalin. menganyam mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. anyam-menganyam pekerjaan menganyam. anyaman hasil drpd menganyam; barang yg dianyam: ~nya sangat cantik. penganyam orang yg (kerjanya) menganyam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anyam

Puisi
 

Anyam ketupat tebakul baru,
     Mari makan sira gula;
Sudah dapat kasih baru,
     Buang saya dengan segera.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnyam ketupat tebakul baru, Mari makan sira gula; Sudah dapat kasih baru, Buang saya dengan segera.
Kurik Kundi Merah SagaEmak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.
Kurik Kundi Merah SagaEmak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari.
Kurik Kundi Merah SagaAmbillah nyelik hempas ke batu, Talilah sabut anyam berdiri; Jikalau benci kepada aku, Jauhlah jauh melari diri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu.

Kembali ke atas