Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata yg digunakan untuk menanyakan sesuatu: ~kah nama benda itu?. ~kah sebabnya dia menangis?. ~ akal apa yg harus dibuat. ~ boleh buat tidak ada jalan lain lagi. ~ daya tidak berdaya lagi. ~ khabar bagaimana keadaanmu sekarang. ~ saja a. segala sesuatu. b. sesuatu yg tidak ditetapkan. apa-apa pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. berapa kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? mengapa kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? mengapai, mengapai-apai melakukan sesuatu terhadap seseorang: Kauapai orang tua tu? mengapakan, mempengapakan memperlakukan bagaimana; melakukan atau berbuat apa-apa terhadap: Diapakan sehingga dia jadi begitu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa

Puisi
 

Apa sebab bulan tak terang,
     Bulan pega di Tanjung Batik;
Apa sebab apa tak datang,
     Abang pegang muda yang cantik.


Lihat selanjutnya...(293)
Peribahasa

Tiada berbulu lagi.

Bermaksud :

Tiada punya apa-apa lagi.

 

Lihat selanjutnya...(80)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari.
Kurik Kundi Merah SagaApa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik.
Kurik Kundi Merah SagaApa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.
Kurik Kundi Merah SagaApa direnung apa dikenang, Kamek dua Pulau Bali; Baranglah nisik jangan dikenang, Baranglah ada menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaTelur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas.
Kurik Kundi Merah SagaDarilah Raib berperahu ke hutan, Lumba pertama si nombor satu; Apa ditangis apa disukakan, Hilanglah lama berganti baru.
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.
12345678910...

Kembali ke atas