Kurik Kundi Merah Saga | Apa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap pada padi, Tinggi rumput dari ruang; Apa diharap pada kami, Budi tiada bahasa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti. |